Harini ibu yuyu ajak yuyu pergi cabut
gigi. Hmm actually yuyu tak ready cause yuyu kalau boleh nak cabut gigi
lepas Raya Haji but ibu yuyu kata lambat cabut gigi lambat sembuh luka
nanti. sebenarnyaa yuyu cabut gigi ni pun bukan sebab rosak ke gigi
berlubang ke, kalau ikutkan gigi yuyu ni semuanyaa dijaga elok dan sihat
ceh-2 haha. Memandangkan yuyu nak pakai braces tak lama lagi so nak tak
nak terpaksa juga cabut gigi 4 batang. Perghh banyak betul lah. So pagi
tadi yuyu terpaksa ambil cuti kesekolah untuk cabut gigi. Sampai je ke
klinik gigi tu terus sejuk tangan hahaha. Lepas dah daftar semua tu,
tiba lah masanyaa turn yuyu. Masa yuyu dipanggil tu, bilik tu ada
seorang pakcik temankan anaknya. So yuyu punya doktor hujung sikit
daripada patient yang lain. Mula-2 doktor tu check-2 and dia tanya,
'awak nak cabut 1 or 2 terus' yuyu pun cakaplah 2 terus. Kalau satu-2
jenuh eden nanti. Lepastu doktor tu pun kata 'ok kita inject 4 kali yeh,
2 dua di gigi bawah dan dua lagi di gigi atas' Bila dengar doktor tu
cakap terus berkedip-2 mata yuyu. Doktor tengok yuyu macam tu terus
doktor tu cakap 'awak jangan takut ye, sikit saja. Nanti awak nak pakai
braces lagi sakit. Tahan sikit ye' Yuyu pun senyum jeh. Wah baik doktor
ni. Okayy time inject for me tak sakit sangat kot. Cuma sakit sikit je.
Serius yuyu cakap. Cuba tenangkan fikiran and jangan gelabah sangat.
Relaks aje. Time injection tu yuyu tengok pakcik yang temankan anaknya.
Dia pandang yuyu sambil kerut-2 muka dia. Dia bayangkan kesakitan kut.
Hahaha. Lepas injection tu doktor suruh bayar dulu. Lepas lepak-2 dekat luar, doktor tu
panggil lagi. Dalam bilik tu pula ada sorang perempuan besar-2 yuyu lah
juga. Dia duduk tunggu apa ntah. Masa yuyu get ready nak cabut budak
perempuan tu pun sama macam pakcik tadi. Berkerut kerut muka dia pandang
yuyu and sambil pengang pipi dia. Hahaha ngeri kut. Time cabut gigi
bawah senang tapi time doktor gigi atas siap berdiri diri doktor tu
pulas. 'Ishh kuatnyaa gigi awak ni, selalunyaa senang je saya cabut'
Hahah tergelak dengar doktor nyaa cakap macam tu. Setelah lama tak
goyang juga. Doktor tu panggil sorang lagi nurse untuk tolong pegangkan
kepala yuyu ni, asyik bergerak-2 jeh. Lepas doktor tu berusaha pulas-2
sepana tu tetiba yuyu terdengar bunyi 'prakkk' serius memang dengar
bunyinyaa macam tu. Tengok-2 gigi yuyu pun selamat cabut. Kesian doktor
yang baik dan comel ni, penat dia terus terduduk. Time cabut tu tak rasa
sakit pun, yelah dah injection ubat kebaskan. Doktor tu bagi yuyu ubat
tahan sakit and surat cuti. Cewah keluar dengan ceria, semua patient
yang tengah tunggu geliran pandang-2 yuyu. Time dekat kereta tu tetiba
rasa sakit, ha amek kaww. Sakit yang berdenyut-2. tapi ibu yuyu berikan
yuyu semangat, ibu cakap 'semua orang yang pernah pakai braces ni sama
je yang kamu lalui ni.Sabar jelah' heheh sayang ibu. Darah ? Tak payah
cakaplah, no stop keluar. Memang banyaklah berbanding cabut gigi time
kita kecik-2 dulu. Lepas sampai rumah makan aiskrim, kumur dengar air
sejuk, makan painkiller and gigit kapas baru terus tidur. Hehehe
sekarang dah tak rasa sakit dah. Alhamdulillah lah.
2 gigi dah selamat cabut, tinggal lagi 2
gigi lagi nak cabut minggu depan. Lepastu memang selamat lah. Fuhh for
you all yang nak cabut gigi untuk braces ni. Jangan takut, chill okayy.
Itu saja yang yuyu nak kongsikan. next time yuyu tulis lagi bila yuyu
dah pakai Separator pula. Apa itu separator ? Separator tu macam getah
untuk merengang kan gigi bagi meletakkan Band di bahagian molar.
Kegunaan Band ni adalah Penyokong bagi braces.