Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Jumaat, 17 Januari 2014

Pakai Braces :')

Hi semua, bermulah yuyu sebagai gadis bergigi besi a.k.a braces girl, cewah haha.
Boleh dikatakan dari darjah 3 lagi yuyu dah nak sangat pakai braces. Hebatkan dari darjah 3 lagi yuyu dah tahu bab pakai braces ni. So darjah 3 dulu mama yuyu pernah survey pergi klinik kerajaan untuk pakai braces, then doktor tu kata yuyu masa tu tak sesuai pakai braces so simpan lah hasrat nak pakai braces. And now baru lah hasrat yuyu tercapai juga :D
Lepas sejam juga lah untuk pasang braces dekat gigi then sampai rumah tetiba yuyu rasa pelik sikit. Haha bukan pelik cuma pelik nak senyum, pelik nak bercakap, pelik nak makan. Pelik segalanyaa haha.
Kalau tanya 'Sakit ke tak ?' Hmm sakit woii. Haha taklah sakit tersangat tapi sakit juga lah haha -_-
Cuma malam first day pakai tu tak boleh tidur, gigi rasa ditarik-2 ditekan-2 haha seriously hmm
Makan pun susah weyhh, lepas makan je mesti kena gosok gigi haishh.

Berus gigi pula tak macam orang biasa ye. Dia ada dua berus gigi iaitu berus gigi khas untuk braces dan interdental brushes.


Berus gigi colgate ortho ni susah nak dapat and susah nak cari. So dekat atas ni sebagai contoh sahaja hehe.
Yuyu guna berus gigi khas untuk braces jenama Dura-t. Ni pun susah juga untuk jumpa, yuyu beli jenama Dura-t ni dekat klinik yuyu sendiri. So sesiapa yg nak beli secara online boleh tekan Dura-T 

Second is Interdental brushes.


Kegunaan interdental brushes ni untuk membersihkan celah gigi. Important cause berus gigi je tak dapat nak bersihkan keseluruhan. And last for not least wax
 

Kegunaan wax pula adalah untuk melindungi bracket yg tajam tu daripada terkena bibir yg menyebabkan ulser. Or for korang yg ada ulser dekat bibir boleh guna Watermelon Frost.



Ubat ni untuk ulser and sangat berkesan. Diperbuat daripada biji tembikai. Boleh cari di farmasi yg berdekatan :)
So far, rasa sakit dekat gigi pun belum elok lagi. Kata kawan mama yg pakai braces tu seminggu lebih baru boleh okayy. Jadi yuyu makan bubur aje. Tips dari yuyu untuk korang yg berbraces nak berdating, kalau bab makan kalau boleh jangan makan nasi, why ? Cause bila makan nasi automatically nasi-2 akan stuck on your bracket. Bila senyum je ada nasi, eukkk kan malu gitu hehe. 
For all of you yg nak pakai braces korang kena banyak bersabar, cause proses pakai braces ni bukan senang, bukan datang terus buat okay ? Ni datang kena check dulu, kemudiaan dia akan suruh buat x-rays. Buat acuan gigi lepas tu baru doktor gigi anda akan buat keputusan gigi anda akan dicabut atau tak. 
Proses pakai braces ni, korang akan mengalami kesakitan, kesakitan iaitu :
  • Cabut Gigi
Macam yuyu pula doktor decide untuk cabutkan gigi 4 batang sahaja. Sesetengah org kena cabut 8 batang gigi tau. Seramm kan hehe. Tapi jangan lah risau, buka kena cabut sekali gus okayy. Kalau tanya sakit ke tak, sakit lah juga. Cabut gigi kekal tu sakitlah. Tak lah sakit mana cuma sakit sikit time dia injection je. 

  • Separator Braces
Sakit tak pakai separator ? For me memang sakit. Hahaha. Getah kecil yg diletakkan diantara gigi garham kita yg kuat tu. Yuyu kena pakai 8 separator dekat gigi garham yuyu. Kegunaan separator adalah untuk memberi ruang bagi meletakkan Ring (Band). Sangat menyeksakan bila nak makan even makan roti yg lembut sekali pun.

Yuyu dah terima banyak soalan yg tak masuk akal termasuk 'Kalau ada kilat, kau tak terkena renjatan ke ?'
Macam bodoh je soalan. Soalan yg bodoh yuyu malas nak layan. Aku pun terikut bodoh sekali, err.
Seriously bila korang pakai braces time gelak, orang akan pandang korang mcm lain macam. Bila pakai braces yuyu jadi confident nak gelak. Gelak sambil tayang braces. Bangga okayy bukan semua yg dapat pakai braces ni. Lagi-2 bila yuyu balik kg, lagi lah org sana mcm pandang yuyu tak pernah jumpa. You know what i mean :D
Akhir sekali for all of you dah tanam hasrat nak pakai braces, teruskanlah. Pakai braces bukan sebab style or fashion. Kita pakai braces biarlah niat nak betulkan kelemahan kita okayy. Fikir dalam-2 sanggup ke kita bersama dengan braces selama 2-4 tahun. Renung-2 kan laa ye and second is masa dan juga wang. Jika anda nak yg murah boleh pergi ke klinik kerajaan. Cost Rm 700 sahaja. Cuma anda kena tunggu bertahun lah kalau nak pakai braces. Jika anda nak pakai braces dengan cepat boleh pergi ke klinik swasta. Kena pandai survey lah. Ada yg mahal ada yg murah. Harga lebih kurang RM 3000-5000, tak termasuk harga x-rays, acuan, cabutan dan juga cuci or tampal. 
Itu saja yuyu nak kongsikan. Bubyee :D

Ahad, 12 Januari 2014

Makanan Korea : Bibimbap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam yuyu and family chill out pergi Setia City Mall Shah Alam. For all yg tak pernah pergi try lah pergi hehe.
Sempena nak Chinese New Year ni banyak sales loh, so jum shopping. So semalam before tengok wayang, makan lah dulu. Dekat setia city mall ni ada food courts. Dalam food courts ni ada satu nama kedai dia MORAN ada gambar Ahjuma pakai HANBOK. Dah sah-2 kedai tu kedai makan korea tak gitu hehe.
Yang yuyu ingat dia ada jual Bibimbap Chicken, Bibimbap Beef, Bibimbap Vegetarian, Shin Ramyun dan lain-2, sorry tak beberapa ingat hehe.


So i'm decide nak cuba makan Bibimbap Chicken. Harga dia boleh tahan RM10.80 mahal lah juga kan hmm. So dalam gambar atas tu yuyu dah kacau so tak nampak lawa dah kan hehe.
Macam ni lah rupa bibimbap bagi korang yg tak tahu

Banyak sayur dalam tu, termasuk ada kimchi dan ada nasi dekat bawah tu dan ada sup. Cara makan, korang kena kacau semua dalam tu. Jadi macam bawah ni

Rupa macam nasi goreng kan. Bibimbap ni dia masak dalam pot, so bila kacau berasap asap keluar. Bila makan panas gila haha lambat nak sejuk. Bagaimana pula rasa ? Erghh yuyu ni tekak melayu susah nak telan. Haha faham tak maksud yuyu ? Rasanyaa pelik dan ada rasa masam sikit sebab ada kimchi kan hmm. Bak kata adik yuyu rasa macam nasi basi haha. Itulah terlalu taksub Running Man or Korean Drama, sampai makanan pun nak tiru. So inilah pertama dan terakhir yuyu makan Bibimbap. Sedap lagi Yee Mee Hot Plate tahu tak hehe. But lain org lain citarasa, bagi sesetengah org kata sedap dan sesetengah kata tidak. Kesimpulannya semua komen saya dia atas itu pendapat yuyu okayy. Jadi korang yang nak sangat rasa boleh lah beli rasa Bibimbap tu. Jadi setakat inilah yuyu nak kongsikan. bubyee :*


Selasa, 19 November 2013

Pakai Separator Braces ^^

Hi semua, semalam yuyu ada appointment dengan dentist for wearing my braces. Untuk appointment kali ni my dentist pakaikan yuyu Separator. Tujuan pakai separator untuk memberi ruang gigi garham kita letak 'Band'. Kalau tak faham jum tengok gambar dibawah :-


Inilah dinamakan Separator :)
Yang yuyu pakai sekarang


So inilah Band, Lepas pakai Separator then
 baru pakai 'Band' di gigi garham yuyu :)

Yuyu kena pakai separator 4 di gigi bawah dan 4 lagi di gigi atas. Yuyu kena pakai separator ni seminggu. Minggu depan baru lah pakai braces sepenuhnya. Woahh daebak hehe.
Harini baru aku sedar pakai separator sakit gila woi. Hmm, takde lah sakit mana pun, tapi sakit juga lah haha. Bertapa seksanyaa kalau nak makan. Even makan roti yang lembut tu, hmm bayangkan lah. Nak kunyah pun susah. Alahai sabar jelaa yuyu.

Khamis, 7 November 2013

Macam mana nak jadi Ulzzang ^^

Hello semua, yuyu dengan hati yang terbuka dan penuh semangat nak kongsikan korang cara-2 nak jadi Ulzzang. Maksud Ulzzang ialah ''Best Face''. For korang yang gila kpop ni mesti tahu Ulzzang tu apa kan. Kalau tak tahu pi searching gambar dekat google kay. So before we start ada beberapa kekeliruan antara Ulzzang dan juga Gyaru. Ulzzang sangat terkenal di Korea dan Gyaru pula sangat terkenal di Jepun. Perbezaan nyaa adalah makeup style. Let's see gambar di bawah antara Ulzzang dan juga Gyaru

Google Image


Steps : 
1. Pakai Circle Lens
Google Image
Sebab tu orang Korea mempunyai comel, mata yang besar mungkin diaorg pakai circle lenses.
2. Pakai Cute Clothes 
Google Image
Perempuan Ulzzang selalu pakai T-shirt grafik atau sweater yang besar sikit dengan Sneakers. Atau dorang selalu pakai skirt pensel dengan blaus, apa-2 dengan warna yang terang dan reka bentuk grafik. Lelaki pula biasanya pakai skinnies dengan T-shirt grafik. Pakai spec mata kalau nak.

3. Buat thin eyeliner dan pakai maskara. 

Google Image
 
Korang juga boleh pakai bulu mata palsu kalau nak tapi make sure bulu mata korang tak tebal sebab Ulzzang tak mempunyai makeup yang berat. Eyeshadow pula kena sesuai dengan pakaian. Jika korang pakai eyeshadow make sure pakai eyeshadow yang putih / kuning air di seluruh eyelid. Pakai lip gloss atau lip tint.

4. Hairstyle yang betul.

Google Image
  •  Lelaki : Rambut layer pendek (Tak terlalu pendek) dipotong dengan bang belah tepi
Google Image
  •  Perempuan : Straight bangs ataupun bang belah tepi sama ada rambut lurus atau curls. Tak kira panjang rambut korang.
  •  Colour rambut : Apa-2 pun boleh, asalkan sesuai untuk korang
5. Telefon bimbit dengan kamera untuk ambil gambar
 95% daripada ulzzangs menggunakan Photoshop untuk mengedit gambar-2 diaorg. So jangan tertipu berfikir semua mereka yang sempurna. Kebanyakan ulzzangs menggunakan photoshop untuk tutup kalau ada kecacatan atau hanya mengedit semua muka diaorg.

Ha ni gambar yuyu, hahaa sorry menyelah.

Itu saja yuyu nak kongsikan and hope itu membantu anda untuk menjadi gadis Ulzzang. Thankyou for viewing dan thankyou kerana membaca. Semoga kita bertemu lagi pada lain topik. Bye bye ^^


Jumaat, 20 September 2013

Cabut Gigi Untuk Braces

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Harini ibu yuyu ajak yuyu pergi cabut gigi. Hmm actually yuyu tak ready cause yuyu kalau boleh nak cabut gigi lepas Raya Haji but ibu yuyu kata lambat cabut gigi lambat sembuh luka nanti. sebenarnyaa yuyu cabut gigi ni pun bukan sebab rosak ke gigi berlubang ke, kalau ikutkan gigi yuyu ni semuanyaa dijaga elok dan sihat ceh-2 haha. Memandangkan yuyu nak pakai braces tak lama lagi so nak tak nak terpaksa juga cabut gigi 4 batang. Perghh banyak betul lah. So pagi tadi yuyu terpaksa ambil cuti kesekolah untuk cabut gigi. Sampai je ke klinik gigi tu terus sejuk tangan hahaha. Lepas dah daftar semua tu, tiba lah masanyaa turn yuyu. Masa yuyu dipanggil tu, bilik tu ada seorang pakcik temankan anaknya. So yuyu punya doktor hujung sikit daripada patient yang lain. Mula-2 doktor tu check-2 and dia tanya, 'awak nak cabut 1 or 2 terus' yuyu pun cakaplah 2 terus. Kalau satu-2 jenuh eden nanti. Lepastu doktor tu pun kata 'ok kita inject 4 kali yeh, 2 dua di gigi bawah dan dua lagi di gigi atas' Bila dengar doktor tu cakap terus berkedip-2 mata yuyu. Doktor tengok yuyu macam tu terus doktor tu cakap 'awak jangan takut ye, sikit saja. Nanti awak nak pakai braces lagi sakit. Tahan sikit ye' Yuyu pun senyum jeh. Wah baik doktor ni. Okayy time inject for me tak sakit sangat kot. Cuma sakit sikit je. Serius yuyu cakap. Cuba tenangkan fikiran and jangan gelabah sangat. Relaks aje. Time injection tu yuyu tengok pakcik yang temankan anaknya. Dia pandang yuyu sambil kerut-2 muka dia. Dia bayangkan kesakitan kut. Hahaha. Lepas injection tu doktor suruh bayar dulu. Lepas lepak-2 dekat luar, doktor tu panggil lagi. Dalam bilik tu pula ada sorang perempuan besar-2 yuyu lah juga. Dia duduk tunggu apa ntah. Masa yuyu get ready nak cabut budak perempuan tu pun sama macam pakcik tadi. Berkerut kerut muka dia pandang yuyu and sambil pengang pipi dia. Hahaha ngeri kut. Time cabut gigi bawah senang tapi time doktor gigi atas siap berdiri diri doktor tu pulas. 'Ishh kuatnyaa gigi awak ni, selalunyaa senang je saya cabut' Hahah tergelak dengar doktor nyaa cakap macam tu. Setelah lama tak goyang juga. Doktor tu panggil sorang lagi nurse untuk tolong pegangkan kepala yuyu ni, asyik bergerak-2 jeh. Lepas doktor tu berusaha pulas-2 sepana tu tetiba yuyu terdengar bunyi 'prakkk' serius memang dengar bunyinyaa macam tu. Tengok-2 gigi yuyu pun selamat cabut. Kesian doktor yang baik dan comel ni, penat dia terus terduduk. Time cabut tu tak rasa sakit pun, yelah dah injection ubat kebaskan. Doktor tu bagi yuyu ubat tahan sakit and surat cuti. Cewah keluar dengan ceria, semua patient yang tengah tunggu geliran pandang-2 yuyu. Time dekat kereta tu tetiba rasa sakit, ha amek kaww. Sakit yang berdenyut-2. tapi ibu yuyu berikan yuyu semangat, ibu cakap 'semua orang yang pernah pakai braces ni sama je yang kamu lalui ni.Sabar jelah' heheh sayang ibu. Darah ? Tak payah cakaplah, no stop keluar. Memang banyaklah berbanding cabut gigi time kita kecik-2 dulu. Lepas sampai rumah makan aiskrim, kumur dengar air sejuk, makan painkiller and gigit kapas baru terus tidur. Hehehe sekarang dah tak rasa sakit dah. Alhamdulillah lah. 
 2 gigi dah selamat cabut, tinggal lagi 2 gigi lagi nak cabut minggu depan. Lepastu memang selamat lah. Fuhh for you all yang nak cabut gigi untuk braces ni. Jangan takut, chill okayy. Itu saja yang yuyu nak kongsikan. next time yuyu tulis lagi bila yuyu dah pakai Separator pula. Apa itu separator ? Separator tu macam getah untuk merengang kan gigi bagi meletakkan Band di bahagian molar. Kegunaan Band ni adalah Penyokong bagi braces.
Kata orang pakai Separator ni sakit, So nanti yuyu akan update lagi sakit ke tak bagi yuyu. klah cukuplah sampai disini. Bye semua

Jumaat, 6 September 2013

Orang Kata Muka Saya Macam Shila Amzah

Hi assalamualaikum. Hari ni yuyu nak habaq sikit pasal yuyu. Ada orang kata. Hmm bukan orang lah, kira semua orang yang pernah jumpa yuyu mesti cakap 'Yuyu ni sama macam shila amzah'
Tetiba terdiam. Asyik perkataan yang sama saja. Yuyu tengok tak ada lah sama sangat. Meh ceq tunjuk pic tu


Kebetulan posing tangan pun sama. Hahah so any comments here ? Kalau ada comment meh lempar sikit comment awok tu dekat facebook kita yeh https://www.facebook.com/yuyunara
Messages aje lah yeh. haha Byee ;)

Khamis, 1 Ogos 2013

Tips Hilangkan Jerawat Kecil Di Dahi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua



So tak nak cakap banyak, yuyu nak share tips for korang yang menghadapi jerawat kecil-2 macam ruam dekat dahi korang. Sebelum tu, yuyu pun banyak kali menghadapi benda yang sama. Pelbagai bagai cara yuyu try and tak menjadi :'(
So first 'Kenapa Jerawat Kecil Terjadi Dekat Dahi ?'
- Liang Tersumbat

whiteheads setakat ini jenis yang paling biasa jerawat yang membentuk di dahi. Ini adalah sedikit putih (atau tidak berwarna). Tidak akan mendatangkan mudarat kepada sentuhan, dan tidak ada apa-apa kemerahan atau bengkak yang dikaitkan dengan whiteheads. Whiteheads terbentuk apabila pintu masuk ke liang mendapat sepenuhnya dilindungi, biasanya oleh sebum (minyak kulit semula jadi), sel-sel kulit mati, dan kotoran dari alam sekitar. Bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit suka makan sebum dan sel-sel kulit mati kita, jadi apabila mereka terperangkap dalam liang, mereka membiak, membentuk whiteheads.

Terdapat dua sebab utama mengapa manusia adalah sangat mudah terdedah kepada dahi jerawat: saiz liang dan kebersihan. Saiz liang adalah mudah: liang di dahi adalah sangat kecil, jadi ia adalah sangat mudah untuk mendapatkan tersumbat. Bandingkan ini dengan hidung, yang mempunyai liang yang sangat besar. Whiteheads hampir tidak pernah membentuk pada hidung. Malah apabila liang besar tersumbat, ia adalah hampir sentiasa separa (bukannya tersumbat penuh. Tersumbat separa menyebabkan bintik hitam dan bukannya whiteheads. Kebersihan diri memerlukan keterangan lengthier, yang kita akan membincangkan di bawah.

Kebersihan Kesilapan Biasa  Punca Jerawat
Walaupun anda mencuci muka anda dengan kerap, masih terdapat banyak cara untuk menyumbang kepada liang tersumbat melalui tindakan anda sendiri. Salah satu penyumbang yang paling biasa untuk jerawat dahi memakai topi. Memakai topi akan mendorong kotoran, peluh, dan sebum ke liang dahi, menyebabkan tersumbat dan akhirnya whiteheads terbentuk.

Satu lagi punca utama adalah dahi jerawat bersandar pada tangan dengan dahi. Apabila orang bekerja di meja, ia adalah perkara biasa untuk meletakkan siku di atas meja dan berehat dahi anda di tapak tangan, dengan cara yang memegang kepala anda. Ini membolehkan anda untuk duduk dengan selesa dekat dengan skrin. Malangnya, ini boleh menyebabkan jerawat dahi. Walaupun anda mencuci tangan anda dengan kerap, tekanan berehat kepala anda pada tapak tangan akan mendorong kotoran dan sebum ke liang, menyebabkan jerawat dahi.

So dah tahu punca nyaa jum kita cari penyelesaiannyaa. Okayy ini cara yuyu nak hilangkan jerawat kecil-2 ni. Yuyu menggunakan pencuci muka produk nivea mud foam. So pencuci ikut kesesuaian kulit anda ok ? Sesetengah kulit tidak sesuai ia akan menyebabkan kulit muka anda semakin teruk. Tak gitu ? So be careful kalau nak membeli produk pencuci muka.








Extra tips dari yuyu : Semasa yuyu mencuci muka, yuyu tak menggunakan tangan untuk mencuci muka tetapi yuyu menggunakan 'Facial Cleansing Brush' apa benda tu ? Macam bawah ni

Facial Cleansing Brush
Yuyu menggunakan ini semasa mencuci muka. Mula-2 memang sakit tapi lama-2 berkesan. Cuba lah. Boleh beli dekat watson, guardian, giant or mana-2 yang ada jual. Kalau dekat Giant harga dia lebih kurang Rm 7 lebih. Boleh cari dikawasan alatan untuk muka. Yuyu  punya macam diatas tetapi bentuk yuyu bulat hehehe. Or boleh tengok video dekat bawah ni



Yang kedua ialah Oxy 10 or Nixoderm

Why i'm using Oxy 10 ?
Sebab dia adalah, Oxy 10 mengandungi Benzyol Peroxide.

Why not using Oxy 5 ?
Sebab oxy 5 mengandungi Benzyol Peroxide yang sikit. Oxy 10 pula Benzyol peroxide mengandungi banya berbanding oxy 5. Oxy 10 pula lebih cepat berkesan berbanding oxy 5.

It's working ?
Working. Benzoyl peroxide membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dan minyak yang boleh menyekat liang. Dengan cara itu, apabila anda menggunakan rawatan ini berkesan, ia akan menembusi jauh ke dalam liang dan memusnahkan jangkitan jerawat pada akar.

Nixoderm

Okayy nixoderm pun bg yuyu sangat berkesan dan harga dia sangat murah. Harga dia lebih kurang RM 4 ringgit lebih. Tapi dalam masa dua tiga hari kulit anda pulih. Selain kegunaan menghilangkan acne around your face, dia pun boleh digunakan untuk menghilangkan panau, blackheads, kurap, bintik hitam. Hebatkan. So nixoderm boleh dicari di Watson, Guardian atau farmasi yg berdekatan ok ? Bau nixoderm ni alahai no comment hahaa.

Extra tips dari yuyu ialah 2 cara mudah untuk meghilangkan jerawat kecil-2. Cuci muka anda dengan baik dan menggunakan Cream yang mengandungi Benzyol Peroxide. Itu sajaa yang yuyu nak kongsikan. Assalamualaikum ;)

Ahad, 7 Julai 2013

Meredakan Senggugut

Hi semua pembaca blog yang dikasihi. Yuyu harini nak share with you a few tips meredakan senggugut. Dan pada yang sama yuyu nak kongsikan sikit apa itu Senggugut a.k.a PMS. Tipulah setiap perempuan tak tahu senggugut tu apa kan ? Sesetengah perempuan pernah mengalami senggugut ni dan sesetengah tak. Bagi yang mengalami ni, kita geng lah kawan. Yuyu pun mengalami setiap kali period --'
Memang sedih dan peritkan ? Kekadang yuyu terpaksa cuti sekolah dalam beberapa hari disebabkan sakit yang teramat lah. Sakitnya pada bahagian abdomen perut. Perut tu terasa ditumbuk-2 pun ada. Kekadang cramp terus tak larat nak bangun. Baring jelah. Okayy cukup jelah cerita dekat situ, now nak kongsikan sedikit mengenai cara-2 yuyu meredekan senggugut :-
Pertama sekali, yuyu minum air suam-2. Jangan minum air yang berais okayy ;)

Yang kedua pulaa, letakkan pad panas or botol air panas pada abdomen perut.

Ketiga pula, yuyu banyakkan berehat dan hilangkan stress anda okayy. Addition, bila yuyu baring, yuyu akan dengar lagu genre Slow, Piano, Jazz macam tu. 

Keempat, minumlah secawan teh panas pudina untuk melegakan kesakitan 

Yang kelima, yuyu akan baring secara melentang dengan meletakkan bantal pada bawah lutut sebagai penyokong



Yang keenam pula, yuyu akan letakkan minyak panas. Yuyu menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau. Hehe yuyu suka pakai minyak tu, bau dia pun wangi lah juga. Yuyu akan sapukan minyak yu yee tu pada bahagian perut, pinggang belakang and tapak kaki. Baru lah rasa lega nak tidur :D


Dan terakhir sekali, lakukan urutan. Yuyu akan share satu video yang mampu meredakan yuyu yang sedang kesakitan ni. Bagi yuyu it's very helpful lah. Nah cuba tengok video dekat bawah ni :-

Itu saja yang dapat yuyu bantu korang semua yang sedang mengalami kesakitan ini. Untuk pengetahuan anda semua, pengambilan Pain Killers or Penadol Menstrual tidak baik untuk kesihatan kita. If kalau dah tak mampu bertahan sangat, so terpaksa lah ambil begitu juga dengan yuyu. Terima kasih kerana membaca. Byee semuaa <3

Selasa, 18 Jun 2013

Cathy Magic Cream Review

Hai semuaa, hari ni yuyu nak share dekat korang semua, satu produks yang diberi nama Cathy Magic
Cream. Actually produk ni dah lama ada but tak tahu kenapa Lotion ni jadi hot dekat online also dekat facebook. Yes yuyu ada search banyak kedai online jual benda ni berharga RM 40 lebih kan, ada yang RM 50 pun ada. Mahal juga benda ni. Btw before yuyu nak share something a more, korang tahu tak lotion tu untuk apa ? Yang tahu senyap-2, yang tak tahu meh ceq duk habaq sat hehe, secara fahaman yuyu lah ye. Benda ni macam lotion, but bila kita pakai dia terus putih. Betul ke ni ? Betul nahh, ceq tak tipu hang lah. Its magical okayy, Tak payah susah-2 nak tunggu putih. Pakai benda tu terus putih tangan. Jum ceq tunjuk sikit picture




Google Image



Google Image

Macam tu laa kegunaan Cathy Magic cream ni. Yuyu pun ada pakai benda ni. Yuyu pakai dekat muka and tangan. Serius memang magic. Yuyu pakai dekat muka memang nampak putih berseri-2 tau. Lagi satu, bila yuyu pakai ni area dekat muka, jerawat yuyu makin kecut. Black/whiteheads pun macam dah tak ada. So yuyu lebih suka pakai benda ni berbanding foundation or BB cream.
Apa kelebihan magic cream : 

✿ Mengecilkan pori

✿ Melembut dan melembabkan kulit

✿ Memberi effect glowing ( Berseri )

✿ Menggunakan bahan natural seperti gluta, susu dan vitamin c

✿ Sesuai untuk semua jenis kulit

✿ Berkesan melindungi bintik-2 hitam, kemerahan, warna kulit tidak sekata dan juga kulit kusam

✿ Melindungi dan membantu mencerahkan kawasan gelap di badan seperti bawah lengan, celah peha.

✿ 3x lebih cerah dan berseri hanya kali pertama pemakaian sahaja.

✿ Mengandungi SPF 130 pa++



So peringatan dari yuyu, Bagi kulit yang sensitif, tak susai menggunakannya pada muka. Lebih baik 

menggunakan CATHY L-GLUTATHIONE BB CREAM SPF 59 untuk muka ;)

Pendapat yuyu tentang Cathy magic cream : 

1. Yuyu suka pakai benda ni cause bau dia wangi bila pakai

2. Bila yuyu pakai dekat muka, tak payah pakai bedak pun dah putih

3. Jerawat, black/whiteheads makin hilang

4. Packaging dia comel sangat. Yuyu sukaa <3

5. Kalis air, walaupun berpeluh sekali pun dia tak akan cair

6. Walaupun ia agak berminyak, tetapi bagi yuyu tak pun

7. Bila yuyu pakai terus putih serta merta

8. Harga dia boleh tahan, Hahah

9.Ada pelindungan SPF 130

10. Bila keluar tengah hari, yuyu dah tak takut lagi

So korang yang belum cuba, dipersilakan cuba. Itu saja yuyu nak share dengan korang. Byee

Khamis, 9 Mei 2013

Maixara C-Sential Info ^^

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog yuyu.

Harini yuyu sharing dengan you oll's satu produks baru untuk putihkan kulit. Percaya ke tak ? Percaya lah, yuyu sudah pun menggunakannya.

Hanya mengambil 7 hari *Seminggu selepas tu anda akan nampak kesannya. Masa tu kulit muka yuyu penuh dengan jerawat kecil-2 and jerawat besar pun ada heheh then yuyu pakai Vaseline Petroleum Jelly setiap malam, sapu dekat area jerawat anda, insyaallah berkesan. Kulit yuyu agak kusam macam tu. Lepas tu mama yuyu tunjukkan produk Maixara C-Sential memang terbaik laa. 7 hari je kulit yuyu jadi putih, lembut and jerawat pun tak ada. Best kan Maixara C-Sential ni. Okayy jum kita baca kebaikan dia



1) Mencerahkan dan mengebukan seluruh badan dgn sekata
2) Melembabkan kulit dan menghaluskan kulit dan seluruh badan
3) Menganjalkan kulit 
4) Merawat jerawat, mengurangkan jeragat.

5) Membantu mencegah kanser
6) Bertindak sebagai anti-oksida dan anti-penuaan 
7) Membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan
8) Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
9) Membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata

Cara nak makan :
Ambil 1 tablet or 2 tablet. Boleh makan 2 tablet untuk lebih cepat kesannya. So make sure minum air kosong dengan lebih banyak sebab ia mampu membuang toksin dalam badan ^^
Ambil 1 tablet selepas makan malam
Kalau nak ambil 2 tablet, ambil 1 tablet selepas makan tengah hari dan ambil 1 tablet selepas makan malan.
Tablet boleh dimakan, dikunyah dihisap dan ditelan. Tapi yuyu hisap aje. Besar tablet nya tercekik pula nanti.
Permulaan rasa pelik, tapi lama-2 sedap je :)

Boleh makan tablet Maixara C-Sential :
Lelaki dan perempuan berumur 13 tahun ke atas
Ibu menyusu dan ibu mengandung ( seelok selepas 5 bulan )
Boleh membantu memperbanyakkan susu ibu *Insyaallah

So kalau nak putihkan kulit makan lah maixara c-sential. Harga dia RM125.
Selamat mencuba ^^

Selasa, 16 April 2013

Dia Ikhlas Ke ?

Assalamualaikum Dear My Blog

Lama kan yuyu tak update pasal cintan cinton kan ? Hehe yuyu ni sibuk lah dengan tips dia tu. Apa kata saya sharing pasal hati pula kann ? Hari ni yuyu confused, happy, free and lonely at the same time hahaha. But honestly lah ye, yuyu minta maaf sangat sangat dekat Capitalis F. Did i hurting your feeling again ? Did i make you feel sad again ? Did i make you angry back to me ? Did you hate me ? Urghh jangan jangan jangan macam ni ye. I don't wanna lose you. I just want to be part of your life. Did you know that :'(
I really really serious about you. Omoo, why i like this -.-
Saya nak minta maaf ye awok, awak minta saya jujur dan luahkan perasaan dekat awak. Tapi saya dah luahkan kesemuanya tapi bila saya dah luahkan, awak macam tak puas. Awak cakap awak sedih sebab saya tak dapat nak luahkan apa yang diharapkan selama ni. Tetiba saya berasa amat kecewa dan sedih. Saya dah sejujur dia hati meluahkan, tapi awak seandai tak mengerti. Saya minta maaf, saya sedih sangat. Awak seperti tak merhargai luahan hati saya tu. Saya minta maaf sesangat kalau saya bercakap macam ni. Tapi saya pun tak tahu apa lagi saya nak puaskan hati awak. Saya nak cakap lah sikit dekat awak, maaflah saya tak dapat nak puaskan hati awak. Saya ni mmg tak pandai bab bercinta ni because i still young right ? Lagi pun hati manusia berlainan, saya tak dapat puaskan semua hati orang. Saya berharap sangat awak faham apa yang saya cuba nak cakap ni.

SEKIAN

Ahad, 7 April 2013

Tutorial makeup alaa-2 Dakota rose

Hi semua, kenal nggak Miss Dakota Rose Ostrenga ? Adik kepada Kiki Kannibal. Omo kalau kenal kan, she so cute right ? Her face like a doll. Memang bertuah siapa dapat dia. Nak tengok muka dia, jum tengok di bawah ni :






Dan sekarang dia adalah model kepada produk Etude House. Cantikkan muka dia. Susah yuyu nak cari mascara 3 step from Etude house nit. So maybe dia ada sold dekat kl hehe. 
So yuyu suka tengok Hair tutorial Dakota Rose dekat Youtube. Yuyu terjumpa pictures Tutorial makeup from Dakota Rose loh. So excited yuyu tengok. So korang kalau nak tengok pictures dia. Tengoklah dibawah




Ahad, 31 Mac 2013

Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly

Hai semua. Harini yuyu nak sharing dekat korang a few info mengenai Vaselin Petroleum Jelly. Someone said takut nak pakai cause Nama pun Petroleum, semua terfikir benda tu tak boleh pakai.
For you oll's information, Vaseline Petroleum Jelly selamat untuk digunakan for you skin.

Vaseline Pure Petroleum
Jelly

Yuyu selalu pakai benda ini untuk bulu mata, Why ? Cause dia dapat memanjang dan melembutkan bulu mata. Memang nampak perubahan cause dulu kalau yuyu curls bulu mata, bulu mata yuyu tak terlentik pun, it's still the same kan ? Pernah happen tak dekat korang ? Even dah pakai mascara setebal mana pun. Heheh banyak kali happen dekat yuyu. So sejak bila yuyu pakai Vaseline Petroleum Jelly ni semua dah berubah. Woww bila yuyu curls bulu mata yuyu, dia terus lentik. Dah tak macam duluu lagi. Selain itu juga, yuyu sapu Vaseline Petroleum Jelly, dekat jerawat. It's work ? It's work sayangg, yuyu dah guna pun. It's safe ? Its safe. Selama yuyu pakai tak ada apa pun, jerawat makin kecut lagi ada laa. Jangan risau.

Selain kegunaan untuk panjangkan bulu mata dan untuk menghilangkan jerawat, dia ada banyak lagi kegunaan dn kebaikan dia. Jum baca dekat bawah ni  :-

Menyembuhkan Luka

Ketika pertama kali dijual di pasaran, Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi luka dan goresan. Petroleum jelly bertindak sebagai penghalang luka dari bakteria dan air, serta kelembapan, sehingga mempercepat proses penyembuhan. Buktinya Blogger Yanmie telah menggunakan Vaseline Petroleum Jelly untuk merawat luka dimulut anaknya Haziq. Boleh baca entry inihttp://yanmieonline.com/2011/10/vaselin-memang-terbaik/


Mengatasi Masalah Bibir Merekah Dan Mengelupas

Mengoleskan Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Petroleum Jelly juga boleh digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte. 

Menghilangkan Kulit Kering Dan Kasar

Kulit kering and kasar selalunya adalah Bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya, sapukan Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali habis mandi.

Mengilap Beg Tangan Dan Kasut

Petroleum jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang dibuat dari kulit. Caranya, dengan sapu Petroleum Jelly tipis-tipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.

Mengecat Kuku

Sebelum mengecat kuku, sapukan Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat terkena kulit, anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu, Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.

Menghilangkan Make-Up

Petroleum jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover lainnya. Petroleum jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.

Menghilangkan Gatal-Gatal

Jika kulit memerah dan gatal-gatal, sapukan Petroleum Jelly di tempat yang gatal.

Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Sebelum menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher, sapukan Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama.

Rambut Bercabang

Hujung rambut memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda, sapukan Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.

Or korang boleh tengok lagi banyak kegunaan Vaseline Petroleum Jelly ni dibawah :-


Banyak kegunaan dan kelebihan Vaseline Petroleum Jelly ni kan. So korang boleh lah cuba beli tau. Harga sebotol Vaseline Petroleum ni RM4.50 dan bertahan lama kalau jarang guna lah. 
Vaseline ni ada jual dekat Watson, Guardian and any store. I'm not sure yet Sasa have sold this. Maybe have. 
So sampai sinilah saya nak kongsikan kepada anda. Yuyu harap itu dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. 



Rabu, 13 Mac 2013

Cinta hati saya :'(

This is for you Muhammad Harfizi

Pada 21 November 2012. First time kita berkenalan di Facebook, Firstly awak hantar IM chat dekat saya. Awak tulis 'Bonggok' tetiba dekat saya. Saya pun pelik, yang lagi pelik saya tak maki balik pun. Tapi saya replay senyum dekat awak. Awak cakap awak nak berkenalan dan berkawan dengan saya, so saya terima lah dengan niat awak yang ikhlas tu. Sampai laa awak rapat dengan saya, saya mula pelik sebab saya tak rasa pun yang saya boleh suka dekat awak. Tapi saya sayang awak sebagai kawan sebab awak selalu berkongsi cerita dengan saya. Saya suka dengar cerita awak walaupun kadang-2 cerita awak tu tak masuk akal hehehe. Tapi lama-2 saya dapat rasa awak mula suka dekat saya. Mula-2 saya tak kisah sebab hati saya menindakkan suka saya pada awak. Kebetulan juga, saya pun kenalkan awak dengan kawan baik saya, sebab awak pernah cakap dekat saya yang awak dulu pernah suka dekat kawan baik saya, tapi dia tak layan. Dan akhirnya impian lama awak tu tercapai untuk kenal dengan dia. Bila lama-2 saya tengok awak dengan dia dah semakin rapat. Tapi tiba-2 saya rasa cemburu. Masa tu abang saya kerja, jadi saya tak tahu balik sekolah siapa nak ambilkan saya. Lepastu awak merayu rayu dekat saya supaya awak hantarkan saya balik sekolah nanti. Tapi saya tak nak menyusahkan awak. Lama-2 saya pun iya kan saja cakap awak tuh. Suatu hari tu, awak hantar saya balik rumah lepas habis sekolah, lepas tu saya dapat tahu yang awak hantar kawan baik saya sekali. Tetapi awak menyuruh kawan baik saya tu merahsiakan tentang ni. Saya pun terasa cemburu yang amat-2 kuat dan berasa marah dekat awak. Saya rasa sedih sangat, tapi saya sembunyikan di sebalik senyuman saya. Dan sekarang saya berserah pada Allah. Biar Allah yang menentukan..
HIDUP INI INDAH TAPI YANG INDAH ITU TETAP DALAM KENANGAN <3

Khamis, 7 Mac 2013

Kebaikan Susu

Assalamualaikum, Bonjour, Annyeonghaseyo dan selamat sejahtera semua. Okayy hari ni anna nak share dekat korang 9 kebaikan minum susu ni. Yes this is my favorite drinks anna. Boleh dikatakan setiap hari anna minum susu. Anna suka minum susu Dutch Lady perisa strawberry, chocolate and coffee. Kalau Full cream or low cream serius anna tak suka. Bila minum terasa nak muntah. Itu laa anna. So jum baca kebaikan minum susu ni ^^

1. Kalsium 
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya. 

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot. 

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik. 

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. 

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga. 

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang. 

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan. 

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita. 

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku. 

So itu laa kebaikan susu. So korang yang tak suka susu tu, boleh laa ikut macam anna. Tukar perisa coklat ke kopi or strawberry orite. If korang penggemar susu mesti perasan kan yang semakin lama semakin tinggi. Kalau korang nak tahu, dekat kelas anna la yang paling tinggi di antara perempuan. Hebat tak ? :D
Tinggi anna baru 160 cm. Tapi bila anna masuk kelas, budak lelaki selalu tegur anna macam ni 'Wey tinggi nyaa kau' Hahah anna senyum je. 
Ha satu lagi, anna ni kan Kpop Lover so anna nak share dekat korang Video lagu susu dari kumpulan Infinite H. Cuba tengok video nyaa. Comel-2 gituu


So itu saja yang anna nak kongsikan. Terima kasih kerana membaca. Saranghe <3

Sabtu, 2 Mac 2013

Be Like Tsubasa Masuwaka

Hey all. Today i want share with you some pictures that will show you makeup and hairstyle Tsubasa Masuwaka. Ejoyy XD





For Hairstyles <3


Thank you for reading and watching. Saranghae :D

Jumaat, 1 Mac 2013

Belajar Bahasa Korea

Hai, Selamat sejahtera. Hari ini anna nak ajarkan korang bahasa Korea. Aumm anna mmg suka Kpop so anna pandai laa juga bahasa korea ni, so anna nak sharing sikit dekat korang apa yang anna tahu selama ni. Can we start ? Yeah ok let's go

 PANGGILAN

*O-ma - Ibu
*A-pa - Bapa 
*Oppa - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan) 
*Onni - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik perempuan) 
*Nuna - Kakak (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki) 
*Hyong - Abang (panggilan jika dipanggil oleh adik lelaki) 
Perempuan ada juga panggil teman lelaki diorang "oppa". 
*Ajumma - panggilan makcik (utk yg sudah berumahtangga) 
jangan panggil ajumma dekat perempuan muda, marah nanti diaorang
*Aggasi - panggilan utk wanita muda yg belum berkahwin 
*Ajussi - panggilan utk lelaki (tak kira yg sudah berkahwin atau belum)

 PART 2 

An-nyeong-ha-seo-yo ? HELLO
Ko-map-sum-ni-da / Gambsahamnida. THANK YOU
Shil-le-ham-ni-da. EXCUSE ME. 
Bang-gap-sum-ni-da. NICE TO MEET YOU. 
Irumi-meoyeyo? Siapa nama awak
Meoyeyo bermaksud 'siapa '
Irum bermaksud 'nama'

 NOMBOR 

1 - Hana 
2 - Tul 
3 - Set 
4 - Net 
5 - dasot 
6- yosot 
7 - ilgop 
8- yodol 
9 - ahop 
10- yol 

 MEMPERKENALKAN DIRI 

*Che irumun Anna imnida 
Nama saya Anna

kalau Maya/Hanis/Eriyza
*Che irumun Maya imnida 
*Che irumun Hanis imnida 
*Che irumun Eriyza imnida 
Faham tak ? Kalau tak faham baca sampai faham :D

*Yonsega (to senior) ottoke toeshimnikka? 
Naiga ottoke toeshimnikka? 
Berapa umur awak ?

*Iship se imnida
Umur saya 20 tahun
* Iship chil se imnida 
Umur saya 27
*Samship il se imnida
Umur saya 31

*Naeil poepkessumnida - Jumpa awak esok
*Naeil - Esok
*poepkessumnida - Jumpa

*saranghe - Sayang
*saranghe do - Sayang juga
*arassau - Ok

 UMUM 

*puriya ! - Api !
*chori kaseyo ! - Pergi jauh !
*Kuman haseyo ! - Berhenti !
*todugiya ! - Pencuri !
*Towa juseyo ! - Tolong saya !
*Chebal towa jushillaeyo ? - Bolehkah anda membantu kami ?
*kirul irrossoyo - Saya sesat
*hwajangshiri odie issoyo ? - Dimana tandas ?
*usia pullojuseyo ! - Panggil doktor !
*aembyullonsu pullojuseyo ! - Panggil ambulans !

✿ DIALOG 

Andy : Hello saya Andy. Gembira berjumpa awak. 

Annyonghaseyo. Andy yeyo. Manaso Banggap wo. 

John : Hello, saya John. Awak berasal dari mana? 

Annyoghaseyo. John ieayo. Onul nara saram ieayo? 


Andy : Saya berasal dari Amerika. Awak berasal dari Amerika juga? 

Miguk saram ieayo. John shi do miguk saram ieayo? 


John : Tak, Saya bukan berasal dari Amerika. Saya berasal dari Australia. 

Anio, Miguk saram i ani ieayo. Huju saram ieayo. 

* cikgu dalam korea ( SONG-SENG-NIM ) 
* kalau lecturer pulak ( KYO-SU-NIM) 
P/S: "NIM" kat belakang tu just tambah sebagai tanda hormat.macam yang berhormat encik kamil



Terima kasih membaca dan sokongan anda. Semoga its helpful.
Bye Saranghae <3

Followers