Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Jumaat, 20 September 2013

Cabut Gigi Untuk Braces

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Harini ibu yuyu ajak yuyu pergi cabut gigi. Hmm actually yuyu tak ready cause yuyu kalau boleh nak cabut gigi lepas Raya Haji but ibu yuyu kata lambat cabut gigi lambat sembuh luka nanti. sebenarnyaa yuyu cabut gigi ni pun bukan sebab rosak ke gigi berlubang ke, kalau ikutkan gigi yuyu ni semuanyaa dijaga elok dan sihat ceh-2 haha. Memandangkan yuyu nak pakai braces tak lama lagi so nak tak nak terpaksa juga cabut gigi 4 batang. Perghh banyak betul lah. So pagi tadi yuyu terpaksa ambil cuti kesekolah untuk cabut gigi. Sampai je ke klinik gigi tu terus sejuk tangan hahaha. Lepas dah daftar semua tu, tiba lah masanyaa turn yuyu. Masa yuyu dipanggil tu, bilik tu ada seorang pakcik temankan anaknya. So yuyu punya doktor hujung sikit daripada patient yang lain. Mula-2 doktor tu check-2 and dia tanya, 'awak nak cabut 1 or 2 terus' yuyu pun cakaplah 2 terus. Kalau satu-2 jenuh eden nanti. Lepastu doktor tu pun kata 'ok kita inject 4 kali yeh, 2 dua di gigi bawah dan dua lagi di gigi atas' Bila dengar doktor tu cakap terus berkedip-2 mata yuyu. Doktor tengok yuyu macam tu terus doktor tu cakap 'awak jangan takut ye, sikit saja. Nanti awak nak pakai braces lagi sakit. Tahan sikit ye' Yuyu pun senyum jeh. Wah baik doktor ni. Okayy time inject for me tak sakit sangat kot. Cuma sakit sikit je. Serius yuyu cakap. Cuba tenangkan fikiran and jangan gelabah sangat. Relaks aje. Time injection tu yuyu tengok pakcik yang temankan anaknya. Dia pandang yuyu sambil kerut-2 muka dia. Dia bayangkan kesakitan kut. Hahaha. Lepas injection tu doktor suruh bayar dulu. Lepas lepak-2 dekat luar, doktor tu panggil lagi. Dalam bilik tu pula ada sorang perempuan besar-2 yuyu lah juga. Dia duduk tunggu apa ntah. Masa yuyu get ready nak cabut budak perempuan tu pun sama macam pakcik tadi. Berkerut kerut muka dia pandang yuyu and sambil pengang pipi dia. Hahaha ngeri kut. Time cabut gigi bawah senang tapi time doktor gigi atas siap berdiri diri doktor tu pulas. 'Ishh kuatnyaa gigi awak ni, selalunyaa senang je saya cabut' Hahah tergelak dengar doktor nyaa cakap macam tu. Setelah lama tak goyang juga. Doktor tu panggil sorang lagi nurse untuk tolong pegangkan kepala yuyu ni, asyik bergerak-2 jeh. Lepas doktor tu berusaha pulas-2 sepana tu tetiba yuyu terdengar bunyi 'prakkk' serius memang dengar bunyinyaa macam tu. Tengok-2 gigi yuyu pun selamat cabut. Kesian doktor yang baik dan comel ni, penat dia terus terduduk. Time cabut tu tak rasa sakit pun, yelah dah injection ubat kebaskan. Doktor tu bagi yuyu ubat tahan sakit and surat cuti. Cewah keluar dengan ceria, semua patient yang tengah tunggu geliran pandang-2 yuyu. Time dekat kereta tu tetiba rasa sakit, ha amek kaww. Sakit yang berdenyut-2. tapi ibu yuyu berikan yuyu semangat, ibu cakap 'semua orang yang pernah pakai braces ni sama je yang kamu lalui ni.Sabar jelah' heheh sayang ibu. Darah ? Tak payah cakaplah, no stop keluar. Memang banyaklah berbanding cabut gigi time kita kecik-2 dulu. Lepas sampai rumah makan aiskrim, kumur dengar air sejuk, makan painkiller and gigit kapas baru terus tidur. Hehehe sekarang dah tak rasa sakit dah. Alhamdulillah lah. 
 2 gigi dah selamat cabut, tinggal lagi 2 gigi lagi nak cabut minggu depan. Lepastu memang selamat lah. Fuhh for you all yang nak cabut gigi untuk braces ni. Jangan takut, chill okayy. Itu saja yang yuyu nak kongsikan. next time yuyu tulis lagi bila yuyu dah pakai Separator pula. Apa itu separator ? Separator tu macam getah untuk merengang kan gigi bagi meletakkan Band di bahagian molar. Kegunaan Band ni adalah Penyokong bagi braces.
Kata orang pakai Separator ni sakit, So nanti yuyu akan update lagi sakit ke tak bagi yuyu. klah cukuplah sampai disini. Bye semua

Jumaat, 6 September 2013

Orang Kata Muka Saya Macam Shila Amzah

Hi assalamualaikum. Hari ni yuyu nak habaq sikit pasal yuyu. Ada orang kata. Hmm bukan orang lah, kira semua orang yang pernah jumpa yuyu mesti cakap 'Yuyu ni sama macam shila amzah'
Tetiba terdiam. Asyik perkataan yang sama saja. Yuyu tengok tak ada lah sama sangat. Meh ceq tunjuk pic tu


Kebetulan posing tangan pun sama. Hahah so any comments here ? Kalau ada comment meh lempar sikit comment awok tu dekat facebook kita yeh https://www.facebook.com/yuyunara
Messages aje lah yeh. haha Byee ;)

Followers