Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Jumaat, 17 Januari 2014

Pakai Braces :')

Hi semua, bermulah yuyu sebagai gadis bergigi besi a.k.a braces girl, cewah haha.
Boleh dikatakan dari darjah 3 lagi yuyu dah nak sangat pakai braces. Hebatkan dari darjah 3 lagi yuyu dah tahu bab pakai braces ni. So darjah 3 dulu mama yuyu pernah survey pergi klinik kerajaan untuk pakai braces, then doktor tu kata yuyu masa tu tak sesuai pakai braces so simpan lah hasrat nak pakai braces. And now baru lah hasrat yuyu tercapai juga :D
Lepas sejam juga lah untuk pasang braces dekat gigi then sampai rumah tetiba yuyu rasa pelik sikit. Haha bukan pelik cuma pelik nak senyum, pelik nak bercakap, pelik nak makan. Pelik segalanyaa haha.
Kalau tanya 'Sakit ke tak ?' Hmm sakit woii. Haha taklah sakit tersangat tapi sakit juga lah haha -_-
Cuma malam first day pakai tu tak boleh tidur, gigi rasa ditarik-2 ditekan-2 haha seriously hmm
Makan pun susah weyhh, lepas makan je mesti kena gosok gigi haishh.

Berus gigi pula tak macam orang biasa ye. Dia ada dua berus gigi iaitu berus gigi khas untuk braces dan interdental brushes.


Berus gigi colgate ortho ni susah nak dapat and susah nak cari. So dekat atas ni sebagai contoh sahaja hehe.
Yuyu guna berus gigi khas untuk braces jenama Dura-t. Ni pun susah juga untuk jumpa, yuyu beli jenama Dura-t ni dekat klinik yuyu sendiri. So sesiapa yg nak beli secara online boleh tekan Dura-T 

Second is Interdental brushes.


Kegunaan interdental brushes ni untuk membersihkan celah gigi. Important cause berus gigi je tak dapat nak bersihkan keseluruhan. And last for not least wax
 

Kegunaan wax pula adalah untuk melindungi bracket yg tajam tu daripada terkena bibir yg menyebabkan ulser. Or for korang yg ada ulser dekat bibir boleh guna Watermelon Frost.



Ubat ni untuk ulser and sangat berkesan. Diperbuat daripada biji tembikai. Boleh cari di farmasi yg berdekatan :)
So far, rasa sakit dekat gigi pun belum elok lagi. Kata kawan mama yg pakai braces tu seminggu lebih baru boleh okayy. Jadi yuyu makan bubur aje. Tips dari yuyu untuk korang yg berbraces nak berdating, kalau bab makan kalau boleh jangan makan nasi, why ? Cause bila makan nasi automatically nasi-2 akan stuck on your bracket. Bila senyum je ada nasi, eukkk kan malu gitu hehe. 
For all of you yg nak pakai braces korang kena banyak bersabar, cause proses pakai braces ni bukan senang, bukan datang terus buat okay ? Ni datang kena check dulu, kemudiaan dia akan suruh buat x-rays. Buat acuan gigi lepas tu baru doktor gigi anda akan buat keputusan gigi anda akan dicabut atau tak. 
Proses pakai braces ni, korang akan mengalami kesakitan, kesakitan iaitu :
  • Cabut Gigi
Macam yuyu pula doktor decide untuk cabutkan gigi 4 batang sahaja. Sesetengah org kena cabut 8 batang gigi tau. Seramm kan hehe. Tapi jangan lah risau, buka kena cabut sekali gus okayy. Kalau tanya sakit ke tak, sakit lah juga. Cabut gigi kekal tu sakitlah. Tak lah sakit mana cuma sakit sikit time dia injection je. 

  • Separator Braces
Sakit tak pakai separator ? For me memang sakit. Hahaha. Getah kecil yg diletakkan diantara gigi garham kita yg kuat tu. Yuyu kena pakai 8 separator dekat gigi garham yuyu. Kegunaan separator adalah untuk memberi ruang bagi meletakkan Ring (Band). Sangat menyeksakan bila nak makan even makan roti yg lembut sekali pun.

Yuyu dah terima banyak soalan yg tak masuk akal termasuk 'Kalau ada kilat, kau tak terkena renjatan ke ?'
Macam bodoh je soalan. Soalan yg bodoh yuyu malas nak layan. Aku pun terikut bodoh sekali, err.
Seriously bila korang pakai braces time gelak, orang akan pandang korang mcm lain macam. Bila pakai braces yuyu jadi confident nak gelak. Gelak sambil tayang braces. Bangga okayy bukan semua yg dapat pakai braces ni. Lagi-2 bila yuyu balik kg, lagi lah org sana mcm pandang yuyu tak pernah jumpa. You know what i mean :D
Akhir sekali for all of you dah tanam hasrat nak pakai braces, teruskanlah. Pakai braces bukan sebab style or fashion. Kita pakai braces biarlah niat nak betulkan kelemahan kita okayy. Fikir dalam-2 sanggup ke kita bersama dengan braces selama 2-4 tahun. Renung-2 kan laa ye and second is masa dan juga wang. Jika anda nak yg murah boleh pergi ke klinik kerajaan. Cost Rm 700 sahaja. Cuma anda kena tunggu bertahun lah kalau nak pakai braces. Jika anda nak pakai braces dengan cepat boleh pergi ke klinik swasta. Kena pandai survey lah. Ada yg mahal ada yg murah. Harga lebih kurang RM 3000-5000, tak termasuk harga x-rays, acuan, cabutan dan juga cuci or tampal. 
Itu saja yuyu nak kongsikan. Bubyee :D

Ahad, 12 Januari 2014

Makanan Korea : Bibimbap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam yuyu and family chill out pergi Setia City Mall Shah Alam. For all yg tak pernah pergi try lah pergi hehe.
Sempena nak Chinese New Year ni banyak sales loh, so jum shopping. So semalam before tengok wayang, makan lah dulu. Dekat setia city mall ni ada food courts. Dalam food courts ni ada satu nama kedai dia MORAN ada gambar Ahjuma pakai HANBOK. Dah sah-2 kedai tu kedai makan korea tak gitu hehe.
Yang yuyu ingat dia ada jual Bibimbap Chicken, Bibimbap Beef, Bibimbap Vegetarian, Shin Ramyun dan lain-2, sorry tak beberapa ingat hehe.


So i'm decide nak cuba makan Bibimbap Chicken. Harga dia boleh tahan RM10.80 mahal lah juga kan hmm. So dalam gambar atas tu yuyu dah kacau so tak nampak lawa dah kan hehe.
Macam ni lah rupa bibimbap bagi korang yg tak tahu

Banyak sayur dalam tu, termasuk ada kimchi dan ada nasi dekat bawah tu dan ada sup. Cara makan, korang kena kacau semua dalam tu. Jadi macam bawah ni

Rupa macam nasi goreng kan. Bibimbap ni dia masak dalam pot, so bila kacau berasap asap keluar. Bila makan panas gila haha lambat nak sejuk. Bagaimana pula rasa ? Erghh yuyu ni tekak melayu susah nak telan. Haha faham tak maksud yuyu ? Rasanyaa pelik dan ada rasa masam sikit sebab ada kimchi kan hmm. Bak kata adik yuyu rasa macam nasi basi haha. Itulah terlalu taksub Running Man or Korean Drama, sampai makanan pun nak tiru. So inilah pertama dan terakhir yuyu makan Bibimbap. Sedap lagi Yee Mee Hot Plate tahu tak hehe. But lain org lain citarasa, bagi sesetengah org kata sedap dan sesetengah kata tidak. Kesimpulannya semua komen saya dia atas itu pendapat yuyu okayy. Jadi korang yang nak sangat rasa boleh lah beli rasa Bibimbap tu. Jadi setakat inilah yuyu nak kongsikan. bubyee :*


Followers