Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Khamis, 7 Mac 2013

Kebaikan Susu

Assalamualaikum, Bonjour, Annyeonghaseyo dan selamat sejahtera semua. Okayy hari ni anna nak share dekat korang 9 kebaikan minum susu ni. Yes this is my favorite drinks anna. Boleh dikatakan setiap hari anna minum susu. Anna suka minum susu Dutch Lady perisa strawberry, chocolate and coffee. Kalau Full cream or low cream serius anna tak suka. Bila minum terasa nak muntah. Itu laa anna. So jum baca kebaikan minum susu ni ^^

1. Kalsium 
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya. 

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot. 

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik. 

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. 

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga. 

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang. 

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan. 

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita. 

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku. 

So itu laa kebaikan susu. So korang yang tak suka susu tu, boleh laa ikut macam anna. Tukar perisa coklat ke kopi or strawberry orite. If korang penggemar susu mesti perasan kan yang semakin lama semakin tinggi. Kalau korang nak tahu, dekat kelas anna la yang paling tinggi di antara perempuan. Hebat tak ? :D
Tinggi anna baru 160 cm. Tapi bila anna masuk kelas, budak lelaki selalu tegur anna macam ni 'Wey tinggi nyaa kau' Hahah anna senyum je. 
Ha satu lagi, anna ni kan Kpop Lover so anna nak share dekat korang Video lagu susu dari kumpulan Infinite H. Cuba tengok video nyaa. Comel-2 gituu


So itu saja yang anna nak kongsikan. Terima kasih kerana membaca. Saranghe <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers