Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Ahad, 31 Mac 2013

Kegunaan Vaseline Petroleum Jelly

Hai semua. Harini yuyu nak sharing dekat korang a few info mengenai Vaselin Petroleum Jelly. Someone said takut nak pakai cause Nama pun Petroleum, semua terfikir benda tu tak boleh pakai.
For you oll's information, Vaseline Petroleum Jelly selamat untuk digunakan for you skin.

Vaseline Pure Petroleum
Jelly

Yuyu selalu pakai benda ini untuk bulu mata, Why ? Cause dia dapat memanjang dan melembutkan bulu mata. Memang nampak perubahan cause dulu kalau yuyu curls bulu mata, bulu mata yuyu tak terlentik pun, it's still the same kan ? Pernah happen tak dekat korang ? Even dah pakai mascara setebal mana pun. Heheh banyak kali happen dekat yuyu. So sejak bila yuyu pakai Vaseline Petroleum Jelly ni semua dah berubah. Woww bila yuyu curls bulu mata yuyu, dia terus lentik. Dah tak macam duluu lagi. Selain itu juga, yuyu sapu Vaseline Petroleum Jelly, dekat jerawat. It's work ? It's work sayangg, yuyu dah guna pun. It's safe ? Its safe. Selama yuyu pakai tak ada apa pun, jerawat makin kecut lagi ada laa. Jangan risau.

Selain kegunaan untuk panjangkan bulu mata dan untuk menghilangkan jerawat, dia ada banyak lagi kegunaan dn kebaikan dia. Jum baca dekat bawah ni  :-

Menyembuhkan Luka

Ketika pertama kali dijual di pasaran, Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi luka dan goresan. Petroleum jelly bertindak sebagai penghalang luka dari bakteria dan air, serta kelembapan, sehingga mempercepat proses penyembuhan. Buktinya Blogger Yanmie telah menggunakan Vaseline Petroleum Jelly untuk merawat luka dimulut anaknya Haziq. Boleh baca entry inihttp://yanmieonline.com/2011/10/vaselin-memang-terbaik/


Mengatasi Masalah Bibir Merekah Dan Mengelupas

Mengoleskan Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Petroleum Jelly juga boleh digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte. 

Menghilangkan Kulit Kering Dan Kasar

Kulit kering and kasar selalunya adalah Bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya, sapukan Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali habis mandi.

Mengilap Beg Tangan Dan Kasut

Petroleum jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang dibuat dari kulit. Caranya, dengan sapu Petroleum Jelly tipis-tipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.

Mengecat Kuku

Sebelum mengecat kuku, sapukan Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat terkena kulit, anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu, Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.

Menghilangkan Make-Up

Petroleum jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover lainnya. Petroleum jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.

Menghilangkan Gatal-Gatal

Jika kulit memerah dan gatal-gatal, sapukan Petroleum Jelly di tempat yang gatal.

Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Sebelum menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher, sapukan Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama.

Rambut Bercabang

Hujung rambut memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda, sapukan Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.

Or korang boleh tengok lagi banyak kegunaan Vaseline Petroleum Jelly ni dibawah :-


Banyak kegunaan dan kelebihan Vaseline Petroleum Jelly ni kan. So korang boleh lah cuba beli tau. Harga sebotol Vaseline Petroleum ni RM4.50 dan bertahan lama kalau jarang guna lah. 
Vaseline ni ada jual dekat Watson, Guardian and any store. I'm not sure yet Sasa have sold this. Maybe have. 
So sampai sinilah saya nak kongsikan kepada anda. Yuyu harap itu dapat membantu anda semua. Terima kasih kerana membaca. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers