Welcome to Yuyu Ae-Cha's Blog. My Life, My Style.

Ahad, 12 Januari 2014

Makanan Korea : Bibimbap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semalam yuyu and family chill out pergi Setia City Mall Shah Alam. For all yg tak pernah pergi try lah pergi hehe.
Sempena nak Chinese New Year ni banyak sales loh, so jum shopping. So semalam before tengok wayang, makan lah dulu. Dekat setia city mall ni ada food courts. Dalam food courts ni ada satu nama kedai dia MORAN ada gambar Ahjuma pakai HANBOK. Dah sah-2 kedai tu kedai makan korea tak gitu hehe.
Yang yuyu ingat dia ada jual Bibimbap Chicken, Bibimbap Beef, Bibimbap Vegetarian, Shin Ramyun dan lain-2, sorry tak beberapa ingat hehe.


So i'm decide nak cuba makan Bibimbap Chicken. Harga dia boleh tahan RM10.80 mahal lah juga kan hmm. So dalam gambar atas tu yuyu dah kacau so tak nampak lawa dah kan hehe.
Macam ni lah rupa bibimbap bagi korang yg tak tahu

Banyak sayur dalam tu, termasuk ada kimchi dan ada nasi dekat bawah tu dan ada sup. Cara makan, korang kena kacau semua dalam tu. Jadi macam bawah ni

Rupa macam nasi goreng kan. Bibimbap ni dia masak dalam pot, so bila kacau berasap asap keluar. Bila makan panas gila haha lambat nak sejuk. Bagaimana pula rasa ? Erghh yuyu ni tekak melayu susah nak telan. Haha faham tak maksud yuyu ? Rasanyaa pelik dan ada rasa masam sikit sebab ada kimchi kan hmm. Bak kata adik yuyu rasa macam nasi basi haha. Itulah terlalu taksub Running Man or Korean Drama, sampai makanan pun nak tiru. So inilah pertama dan terakhir yuyu makan Bibimbap. Sedap lagi Yee Mee Hot Plate tahu tak hehe. But lain org lain citarasa, bagi sesetengah org kata sedap dan sesetengah kata tidak. Kesimpulannya semua komen saya dia atas itu pendapat yuyu okayy. Jadi korang yang nak sangat rasa boleh lah beli rasa Bibimbap tu. Jadi setakat inilah yuyu nak kongsikan. bubyee :*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Followers